BBL-Episod 5

Di ruang keluarga yang sederhana besar, kelihatan sebuah keluarga sedang melakukan aktiviti masing-masing. Faruki sedang asyik melayan kerenah dan keletah comel Ummar. Zafran dan Zahirah membelek-belek album keluarga ditemani ummi. Kehilangan ayahanda tercinta masih dirasai oleh mereka. Zuhdi dan Saadah sedang asyik berbual, pasangan bahagia itu sedang berbincang bila mahu pulang ke Kuala Lumpur. Cuti yang diambil oleh Zuhdi amat singkat berbanding Faruki. Sementara Zakwan pula meneliti abang iparnya itu, seronok sungguh bermain dengan Ummar hinggakan kelibatnya pun tidak terperasan oleh Faruki. Zakwan menyapa abang iparnya itu.

“Abang..amboii! seronoknya main dengan Ummar. Wan lalu pun tak nampak.”

Sapaan Zakwan menyebabkan Faruki tersentak seketika. Terkejut dengan sapaan adik iparnya itu.

“Eh Wan. Terkejut abang. A’a..seronok melayan Ummar ni. Ermm..bila la agaknya abang nak dapat anak comel macam Ummar ni.”

Faruki tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. Zakwan sedikit ketawa. Ada lucu rasanya bila abang iparnya itu berkata sedemikian.

“Haii.. abang. Tak sabar nampak nak anak sendiri. Harap-harap cepatlah kak Ngah berbadan dua nanti. Wan pun tak sabar nak dapat anak saudara baru ni.”

“Heee…siapa tak nak anak Wan..dah kahwin mestilah nak anak. Kan salah satu sebab kenapa kita kahwin tu adalah untuk mengembangkan zuriat..menambahkan umat Nabi Muhammad. Pahala pun dapat..Tak gitu Wan?”

Faruki membalasnya dengan nada yang biasa sahaja tetapi punyai maksud yang amat mendalam sekali.

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya Dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di Dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” [At-Thuur : 21]

“Betul tu bang..itu yang sepatutnya bila dah berkahwin. Ermm..insyaAllah ada la tu rezeki abang nanti. Wan doakan aje.”                                                                                   

Zakwan tersenyum bahagia. Dalam hatinya berdoa agar abang iparnya itu mendapat zuriat secepatnya. Dia sendiri pun sudah tidak sabar menimang anak dari kakaknya itu. Sedang asyik berbual, baru dia teringat. Kakaknya sudah berpesan tadi padanya. Sekali lagi dia bersuara.

“Oh ya bang, tadi Wan masuk bilik abang. Kak Ngah nampak macam tak sihat. Dia baru tidur tu rasanya. Dia pesan kat Wan minta abang kejutkan dia nanti.”

“Haa? Tak sihat? Teruk ke?”

Faruki agak terkesima dengan apa yang dikatakan adik iparnya tadi. Bertubi-tubi soalan diajukan.

“Entahlah..tak teruk kot. Tapi nampak macam pucat je muka akak. Abang pergilah tengok akak. Biar Wan layan si kecil ni.”

Faruki pantas bangun dan menuju ke biliknya, meninggalkan si kecil Ummar dengan ayah ciknya.

Setibanya di bilik, dilihatnya Zulfah sedang terbaring lesu. Pucat di wajah Zulfah kelihatan ketara. Sakitkah isterinya itu. Faruki bertambah risau melihat keadaan isteri tersayang. Lalu dikucup lembut dahi isterinya. ‘Letih sangat agaknya’. Faruki bermonolog sendiri. Tubuh Zulfah bergerak sedikit, mungkin tidak selesa dengan kedudukannya. Faruki mengambil semangkuk air suam dan tuala kecil, dituamkan di kepala Zulfah. Kasih sayangnya pada wanita dihadapannya itu membuatkan dia terfikir sejenak. ‘Kalaulah ditakdirkan aku pergi dahulu sebelumnya, apalah agaknya yang akan berlaku. Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu dalam rumahtangga kami. Berikan kami kekuatan untuk menempuhi dugaanMu ya Rabb. Andai suatu masa nanti aku dijemput pulang olehMu, maka Kau tabahkan hati isteriku ini untuk meneruskan hidupnya tanpaku di sisinya’.

Tiba-tiba butiran air matanya menitis satu persatu. Entah mengapa dia berfikiran seperti itu. Seingatnya, dahulu dia terlalu sukar untuk menitiskan air matanya. Tetapi semenjak hidup bersama Zulfah, air mata lelakinya senang sahaja tumpah ke pipinya. Pernah juga dia terfikir, kalau ditakdirkan Zulfah mengandungkan anaknya…dia tidak akan sia-siakan isteri dan anaknya nanti. Tetapi lumrah hidup, pasti ada yang mati. Titisan air matanya kini semakin lebat mengenangkan semua itu. Tanpa disedari, butiran air matanya menitik di hidung mancung Zulfah. Zulfah tersedar, kelopak matanya sedikit terbuka. Faruki terus mengesat air matanya, takut-takut nanti Zulfah terperasan akan tangisannya tadi.

“Abang…”

Zulfah mengadu manja dengan memanggil suami kesayangannya. Faruki tergamam seketika, tidak tahu apa yang perlu diperkatakan. Faruki menarik nafas sedalamnya.

“Ya sayang..abang ni. Sayang tak sihat…kenapa tak beritahu abang?”

Ada sedikit serak dalam nada suara Faruki. Namun dia cuba untuk menahannya.

“Tak… Ifah tak apa-apa. Mungkin penat sikit. Abang..kenapa ni?”

Zulfah hairan melihat keadaan suaminya. Seperti ada sesuatu yang bermain dalam benak fikiran suaminya itu. Bertambah hairan Zulfah pabila melihat mata suaminya memerah. Menangis agaknya, teka Zulfah.

“Tak ada apa-apa la sayang. Sayang tak sihat ni, jom kita pergi klinik ya…”

Faruki memujuk Zulfah. Tiada reaksi dari isterinya itu. Zulfah memang begitu. Dia paling tidak suka ke klinik atau hospital kecuali sakit teruk. Malah makan ubat juga salah satu perkara yang paling sukar baginya. Faruki tidak putus asa memujuk isterinya. Namun Zulfah tetap juga tidak mahu ke klinik. Mahu tak mahu, Faruki hanya mengikutkan sahaja rentak isteri kesayangannya.

“Tak mahu la bang…..Ifah tak nak. Bukan teruk pun sakit ni. Mungkin tak cukup tidur kot…abang jangan risau ya. Ifah nak tidur la bang…penat sangat ni..”

Zulfah sengaja mencari alasan untuk tidak mengikut arahan suaminya. Faruki hanya mengangguk.

“Ermm….yelah. Sayang tidur la, nanti abang kejutkan. Abang pun rasa mengantuk juga ni. Nak tidur la sekejap..”

Faruki merebahkan tubuhnya di sebelah Zulfah. Tangannya memaut pinggang ramping isterinya itu. Zulfah hanya membatukan dirinya, dia hanya terfikir untuk tidur sahaja waktu itu. Sekejap sahaja, Zulfah terlena. Faruki hanya memandang wajah bersih isterinya dengan pandangan yang kosong. Ternyata isterinya itu tidak langsung mempedulikannya, tetapi dia sedikit pun tidak berkecil hati kerana isterinya itu sedang sakit dan mungkin kepenatan. ‘Apa mungkin isteriku sedang berbadan dua?’ Faruki tiba-tiba terfikirkan hal itu. Tetapi dia sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran logik akalnya kini. Mungkin benar atau pun mungkin juga salah. Dia sedikit mengeluh. Lama-kelamaan dia pun turut terlena. Ketika itu, seluruh makhluk bertasbih memuji kebesaran Allah tika mana dua insan terlena yang dahagakan cinta dari Sang Pencipta.

—————————————————————————————————-

Alhamdulillah..Mz masih punya waktu utk update episod 5. Dan harapan moga punya masa utk update episod akan dtg. Semoga  mendapat manfaat 😉

I-allah hari ahad minggu depan Mz akan berangkat ke Yala , Thailand dan beraya di sana. Doakan Mz sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali. I-allah kita akan bertemu pd episod akan datang.. 🙂

3 thoughts on “BBL-Episod 5

  1. hehe..nice! suami yang sngt penyayang tapi zulfah ni macm enti la fatihah. tak suka makan ubat kan? hehe..gurau jah. teruskan menulis lagi! tak sabar nak bca episod 6 dan seterusnya

  2. bintanghati>>
    idok le sama..klu sama pun hnya kebetulan 🙂
    wait for da next episode! thanx for reading..

    al-duffi>>
    i-allah abe..doakan angah. thanx for ur support!
    tggu episod akan dtg 😉

Leave a comment