BBL-Episod 1

Tak pernah aku..

Sungguh tak pernah ku memahami

Ternyata kini kau bukan bayangan lagi

Di saat ini kau berdiri di depanku, menanti aku..

Dan tak usah kau ceritakan kisahmu

Kerna ku tahu dan aku memahamimu

Lerai sahaja resah gundah yang terbuku

Engkau dan aku..

Bersama kita jalinkan kasih

Tuhan tunjukkanlah kami

Sinar penyuluh bahgia nan abadi…

Ku berdoa ikatan suci, Kau redhai dan Kau rahmati

Kau kasih teman, kau penyeri..

Ooo… tak pernah aku

Sungguh tak pernah ku memahami

Ternyata kini…

Andai hati merasa bimbang

Akan ku pasti kau tenteram

Kerana itu tanda sayang…

Jika diriku kau lihat resah

Lemparkanlah senyum dan madah

Tenang jiwa kan berseri indah…

Sungguh indah dan bermakna lirik lagu ini..sebuah lagu yang dihadiahkan oleh suamiku yang tercinta. Aku asyik sekali bila mendengarnya. Aku hanya mengulang lagu yang sama di notebookku. Fikiranku melayang tika Firdaus mendendangkan lagu ‘Bukan Bayangan Lagi’ sekali lagi. Masih lagi ku ingat waktu pernikahan kami..akad nikah yang dilafazkan oleh zaujku amat lancar sekali. Ketika itu air mata cintaku mengalir di pipi. Barakah sungguh waktu itu. Saat dan detik yang paling indah pernah ku rasakan dalam hidup ini. Semua makhluk yang berada di muka bumi ini turut bertasbih dan berzikir. Tika itu juga hati ini sudah dimiliki oleh insan yang bernama Faruki secara halal dan sah, insan yang tak pernah aku kenali sebelum kami ditunangkan. Itulah dikatakan jodoh..walaupun kami mengambil masa selama setahun untuk mengenali hati budi masing-masing. Akhirnya kami diijab kabulkan jua berwalikan abahku dan senaskhah al-Quran sebagai mahar cinta kami. Malam pertama kami, suamiku mendendangkan lagu ‘Bukan Bayangan Lagi’ sebagai hadiah kerana aku sudi memilihnya sebagai teman hidupku. Ahh..hari yang sakinah dan mawaddah!

“Assalamualaikum..”

Tersentak aku dari lamunan tika mendengar suara indah itu.

“Ya Allah..abang! Waalaikumsalam..Terkejut Ifah. Cepatnya abang balik hari ni?”

Terus aku capai tangannya dan menyalaminya dengan penuh kasih. Sepantas kilat aku bertanyakan soalan basi-basi begitu.

“Mana ada cepat la sayang..tengok jam dah pukul berapa.”

Suamiku tersenyum sambil mengusap kepalaku.

“Ya Allah..dah hampir pukul enam rupanya. Maafkan Ifah bang..tak sedar dah petang sangat. Ifah turun bawah buat air dulu ya..”

“Yalah..buat sedap-sedap ye sayang!”

Senyuman paling manis dan indah dilemparkan padaku sebelum aku melangkah turun.

Aku menganggukkan kepala lalu terus turun ke dapur. Dalam hati, aku menyumpah diriku sendiri kerana terlalu leka sehinggakan tidak sedar suami sendiri pulang dari kerja. Hishh..apalah kau ni Ifah! Tak baik buat suami macam tu. Kasihan abang..penat balik kerja tp si isteri tidak menunggu kepulangan si suami yang mungkin kepenatan. Maafkan Ifah abang! Aku bermonolog sendirian. Terasa ingin menitiskan air mata tetapi cuba ku tahan.

******************************************************************************

Di kamar, seorang insan bernama suami hairan dengan tingkah si isterinya. Hairan kerana inilah kali pertama isterinya tidak menunggu kepulangannya dari hospital. Sungguh hairan! Namun dia tersenyum sendirian. Tersenyum kerana mengingatkan ekspresi muka isterinya yang agak terkejut dengan kepulangannya tadi. Ah..ada ke patut dikatanya aku balik awal, padahal waktu beginilah aku selalu pulang. Ifah..Ifah.. bebel Faruki sendiri sambil menguntum senyum.

Dia terus masuk ke bilik air, bersiram dan berwuduk. Baru dia teringat, dia belum mengerjakan solat asar! Usai solat, Faruki turun ke bawah. Dilihatnya ada semangkuk besar bubur pulut hitam dan nescaffe panas tersedia di atas meja berhadapan almari televisyen. Dia mencari kelibat isterinya namun tidak kelihatan. Hairan..ke mana pula isteriku menghilang. Faruki bertanya dirinya sendiri sambil tangannya mencedok dua senduk bubur pulut hitam ke dalam mangkuk yang disediakan oleh isteri kesayangannya. Faruki menikmati hidangan petang itu dengan lahap sekali. Memang sedap masakan air tangan isterinya. Tidak rugi dia memperisterikan wanita seperti Zulfah malah bukan sekadar itu, baginya Zulfah seorang bidadari miliknya yang cantik dan jelita malah bijak dalam segala hal. Memang tepat pilihan hatinya. Dia tersenyum lagi!

“Apa yang abang menungkan tu..senyum..senyum..”

Aku menyapa suamiku yang tersenyum sendirian. Dia agak terkesima.

“Tak ada apa la sayang..Cuma teringatkan sayang je..sayang pergi mana tadi? Tiba-tiba je hilang?”

Tanya suamiku penuh hairan. Aku tersenyum sambil mencedok bubur yang aku siapkan tadi ke dalam sebiji mangkuk.

“Ada je kat depan, siram pokok bunga. Sambil-sambil tu pergi rumah Kak Lia sebelah ni, bagi bubur ni sikit kat dia.”

“Ooo..ingatkan pergi mana tadi, risau abang. Baik hati betul isteri abang ni ya..ni makin sayang ni.”

Suamiku mengenyitkan matanya. Aku tergelak kecil melihat tingkahnya. Kami asyik menikmati hidangan petang itu sambil menonton rancangan kegemaranku. Sedar tak sedar sudah hampir jam tujuh petang. Suamiku meminta diri ke bilik untuk bersiap-siap ke masjid seperti biasa. Aku yang sedang mamnu’ tidak perlu tergesa-gesa untuk solat. Jadi aku mengemas apa yang patut di dapur.

Selesai mengemas, aku ke bilik. Membersihkan diri kemudian memacakkan diri di depan notebook lagi. Ku pasang lagu ‘Bukan Bayangan Lagi’ sambil otakku ligat mencari idea untuk penulisan yang seterusnya. Itulah kerjaku seharian, biasalah penulis! Setiap hari aku sentiasa mencari idea-idea yang baru untuk hasil penulisanku. Kali ini aku perlu menyiapkan dua buah novel untuk penerbitan yang seterusnya. Belum lagi termasuk bahan ilmiah dan motivasi yang perlu aku bukukan. Semakin hari, aku semakin sibuk dengan tawaran-tawaran yang datang dari pelbagai syarikat penerbitan. Malah aku juga diberi tanggungjawab menyampaikan ceramah di sekolah-sekolah dan juga pusat-pusat IPT.

Dalam waktu yang sama juga, aku mengingatkan diri sendiri supaya tidak lupa tanggungjawabku pada suami tercinta. Walaupun kami sudah melayari bahtera kehidupan bersama-sama selama empat bulan, namun aku tidak merungut sedikit pun tentang kesibukan suamiku yang selalu sibuk bertugas di hospital. Aku memahami kerjayanya sebagai doktor. Malah Faruki pun sama..dia tidak pernah melarangku untuk bekerja namun naluri hati sebagai wanita yang bergelar isteri, aku korbankan kerjayaku sebagai jurutera setelah kami menikah. Aku tekad untuk menguruskan rumah tanggaku tanpa meneruskan kerjayaku. Dan yang lebih menariknya, dia memberi cadangan supaya aku menulis untuk menghilangkan rasa bosan apabila dia tiada di rumah.

Sejak perkenalan kami seawal 2005, dia sudah maklum yang aku memang suka menulis malah dalam tempoh kami bertunang, dia selalu melontarkan kata-kata semangat kepadaku untuk menerbitkan karya-karyaku. Tapi ketika itu, aku terlalu sibuk dengan pengajianku.  Jadi aku tidak terfikir untuk menerbitkan hasil nukilanku. Setelah tamat pengajian, aku terus bekerja di sebuah Jabatan Geologi dan Tanah. Aku ditugaskan sebagai Asisstant Engineer in Geologist tahap kedua pada peringkat awalnya, sesuai dengan kelayakan yang ku miliki. Kerjaku lebih banyak di lapangan. Ketika itu, aku terfikir untuk menyambung pengajianku ke peringkat Sarjana Muda, tapi abah tidak mampu untuk membiayai pengajianku.

Aku pernah ditawarkan untuk menyambung pengajian di Melbourne, tapi aku lebih cenderung untuk ke Jepun. Tapi malangnya, permohonanku ke Jepun tiada jawapan sehingga kini. Jadi aku tangguhkan dulu hajatku yang satu itu. Mungkin belum ada rezeki lagi. Apatah lagi sekarang, aku sudah bergelar isteri kepada seorang doktor. Tapi suamiku tidak pernah menghalangku untuk meneruskan pengajianku, malah dia lebih suka kalau aku mendapat tawaran nanti. Katanya, kalau dapat tawaran seterusnya jangan ditolak..baginya kalau dapat belajar ke luar negara, ianya satu pengalaman yang berharga.

Hampir dua tahun aku bekerja dan sempat juga aku membalas jasa ummi dan abah. Alhamdulilah…akhirnya aku berjaya. Selepas berkahwin, aku mengambil keputusan untuk tidak bekerja. Orang tuaku agak terkejut dengan apa yang ku putuskan, namun mereka tidak menghalang sama sekali. Malah Abang Long dan Kak Long bersetuju denganku. Syukur mereka memahamiku. Suamiku pula merasa bersalah kerana disebabkan perkahwinan kami, aku dengan rela hatinya untuk berhenti kerja. Bukan salahnya kerana itu pilihanku sendiri. Malah selepas berkahwin, dia selalu memujukku untuk meneruskan kerjayaku. Tapi aku telah nekad, senekadnya!

Sejujurnya, aku memang sayangkan kerjayaku sebagai jurutera. Baru setengah bulan aku berhenti kerja, aku sudah mendapat pelbagai tawaran dalam bidang penulisan pula. Itulah dikatakan rezeki Allah yang maha luas. Ketika semester akhir di universiti, aku mencuba nasib untuk menerbitkan hasil karyaku di salah sebuah syarikat penerbitan. Alhamdulillah, novel pertamaku ketika itu diterima baik dan mendapat sambutan oleh penggemar novel. Dari situlah, aku semakin berminat dan serius dalam bidang penulisan. Selama aku bekerja, aku juga telah menghasilkan tiga buah novel yang pernah ku tulis sejak masih di alam kampus lagi. Pada masa yang sama juga, aku menulis artikel yang berunsurkan ilmiah dan motivasi. Ketika itulah, aku diberi kepercayaan oleh syarikat penerbitan tersebut untuk aku terus menulis bahan-bahan ilmiah dan motivasi. Memang tak menang tanganku dibuatnya. Alhamdulilah, sekarang aku punyai masa dan kelapangan untuk terus menulis tanpa berfikir untuk ke tempat kerja dan tidak usah memeningkan kepala lagi untuk menguruskan projek-projek dan melawat site seperti dahulu.

******************************************************************************

Alunan lagu comel banat syria menyentakku.

“Hello..Assalamualaikum.”

Aku segera mengangkat handsetku dengan pantas. Agak lama aku termenung tadi. Siapa la agaknya..

“Waalaikumsalam..boleh saya cakap dengan Zulfah??”

“Ya saya Zulfah..ni siapa?”

Aku agak terkejut mendengar suara si pemanggil itu. Macam pernah ku dengar suara itu. Tapi aku ingat-ingat lupa.

“Errr..! Zulfah, saya..Hambali. Awk ingat saya lagi tak?”

Ya Allah! Betul ke apa yang aku dengar ni? Hampir luluh jantungku. Kelu lidahku untuk menjawab pertanyaan itu. Aku terus matikan panggilan.

Tiba-tiba pintu kamarku dibuka. Suamiku memberi salam.

“Ifah..kenapa ni? Kenapa muka pucat ni?”

Suamiku terpinar-pinar melihat aku dalam keadaan terkejut dan mukaku agak pucat. Aku cuba menenangkan diriku sambil beristighfar.

“Tak ada apa-apa bang..Cuma Ifah terkejut tadi abang buka pintu tiba-tiba.”

“Hai..selalu abang masuk tak terkejut macam ni pun? Cuba beritahu abang betul-betul. Kenapa ni sayang?”

Ahh..apa alasan yang harus ku nyatakan pada Faruki. Otakku ligat memikirkan helah untuk menyembunyikan keadaanku tadi.

“Ermm..betul! Ifah terkejut tadi. Biasanya abang bagi salam dulu sebelum masuk bilik kan..ni tak..”

“Eh..tadi kan abang dah bagi salam. Sayang banyak mengelamun ni..cuba beritahu abang apa yang sayang fikirkan sebenarnya ni..ermm??

“Ye ke..Ifah tak perasan kot. Dah la..Ifah tak ada apa-apa. Abang jangan risau ya..”

Akhirnya aku terlepas dari soalan yang bertubi-tubi dari suamiku. Aku mengukirkan senyuman yang paling manis ku rasakan. Akhirnya Faruki juga tersenyum padaku dan mengusap rambutku.

“Macam-macam la Iffah ni. Sayang…abang lapar la. Jom kita keluar dinner kat luar, nak?”

“Alaa..abang ni! Ifah dah masak tengahari tadi. Makan kat rumah je lah. Tak payah bazir duit makan kat luar.”

Faruki mengajakku makan di luar dengan tiba-tiba. Hairan juga aku dibuatnya! Nak kata ulang tahun..belum lagi. Buang tabiat agaknya..aku tergelak kecil. Mukanya mencuka bila aku menolak pelawaannya. Tak sampai hati pula aku melihat mukanya masam persis asam boi. Rasanya asam boi tak la semasam muka suamiku tika ini. Bagaikan si kecil merajuk dengan si ibu. Aku tergelak sendiri.

“Alaa..bukan selalu kita makan kat luar. Time ada peluang macam ni je abang boleh ajak sayang keluar..pleassss..bila lagi nak berdating..kan sayang?”

“Ermm..abang ni ada-ada je. Yela..kita makan kat luar malam ni. Tapi abang kena janji esok abang kena balik makan tengahari kat rumah!”

“Ok..ok. Abang janji! Promise..”

Faruki mengangkat tangan persis orang mengangkat sumpah. Aku tersenyum..dia pun. Ahh..bahagianya! Kami bersiap-siap untuk keluar makan malam. Aku mengenakan jubah rona merah jambu pemberian Faruki dan dipadankan dengan tudung labuh pink muda. Jubah yang cantik itu dibeli oleh Faruki di Kaherah, ketika menziarahi adiknya yang belajar di sana. Manakala Faruki mengenakan baju kemeja biasa dipadankan dengan seluar jeans lembut biasa, segak!!

“Wahh..cantiknya isteri abang malam ni. Terima kasih sayang..sebab pakai jubah tu. Memang cantik, padan dengan orangnya.”

Faruki memujiku, malu aku dibuatnya. Aku pula sengaja mencari modal untuk bercanda. Tanganku mencapai niqab pink muda lalu ku pakai.

“Memang isteri abang ni selalu cantik..abang je yang baru perasan!”

“Mana ada..memang abang tahu isteri abang ni cantik. Sebab tu abang pilih jadi suri hidup abang!”

Faruki mengenyit mata. Terkena juga aku! Aku tersenyum bahagia. Kami berjalan seiring ke kereta. Estima suamiku meluncur laju, merentasi jalan raya dan highway. Pemandangan pada waktu malam sungguh indah. Bulan dan bintang bersama-sama menerangi kegelapan malam. Aku teringat pada panggilan tadi, sungguh! aku benar-benar terkejut. Apakah dia tidak tahu yang aku sekarang sudah dimiliki?? Ah mana mungkin dia tahu..aku tidak pernah menjemputnya ke majlis perkahwinanku dengan Faruki apatah lagi berjumpa dengannya. Perasaan bersalah pada suamiku kini bertalu-talu datang. Perlukah aku menceritakan semuanya pada Faruki atau pun hanya mendiamkan diri..?

“Ifah..kenapa ni? Mengelamun dari tadi?”

“Err..tak ada apa-apa la bang. Ifah rasa tak sedap badan je.”

Aku tersentak. Dengan alasan itu, aku dapat melepaskan diri dari segala kemungkinan yang berada dalam benak suamiku itu.

“Sayang demam ke? Kalau macam tu kita ke klinik ya..”

Muka suamiku berubah. Mungkin risau kalau-kalau aku sakit. Dia menyentuh dahiku dengan penuh kasih.

“Tak ada la bang..Cuma rasa tak sedap badan je. Abang jangan risau la..mungkin angin malam kot.”

Aku memberi alasan yang munasabah sekali lagi. Faruki menganggukkan kepalanya. Ada senyuman yang menguntum dibibir indah itu. Aku membalas senyumannya walaupun tidak kelihatan. Disebalik senyumanku, terselit seribu satu perasaan pada suamiku yg tercinta. Mahunya aku menangis waktu itu, betapa suamiku seorang yang perihatin dan penyayang. Perasaan bersalah makin menghantuiku…aku beristighfar di dalam hati sambil memejamkan mata. Kereta suamiku terus meluncur laju ke sebuah hotel di mana tempat kali pertama kami dipertemukan.

Pada malam itu, aku dilayan bagai puteri. Tak disangka, rupa-rupanya Faruki sudah pun menempah tempat yang paling istimewa untuk makan malam kami. Selama empat bulan aku menjadi isteri Faruki, ini kali kedua aku dibawa ke tempat makan malam yang romantis begini. Sungguh bertuah rasanya punyai suami persis Faruki. Sesiapa sahaja yang menjadi isterinya, sudah tentu kebahagiaan yang dimiliki. Itulah perasaan yang ku alami sekarang ini..teramat bahagia kerana Faruki menjadi teman hidup, yang mengisi perasaan sayang dan cinta padaku selama ini. Hilang segala resah dan gundah di hatiku tadi tatkala mengenangkan kebahagiaan kami berdua. Terima kasih ya Allah dia atas kurniaanMu yang maha hebat ini. Aku berbicara sendirian tanpa suara. Dan malam itu, kami menikmati hidangan makan malam dan pemandangan yang cukup indah dengan penuh rasa syukur padaNya.

—————————————————————————————————-

Utk permulaan cerita ni mungkin agak keboringan sedikit. But hope enjoy dis! Selamat membaca!  nantikan Episod seterusnya.. 😉


Advertisements

4 thoughts on “BBL-Episod 1

  1. salam alaiki..waah! mantap. seronok juga baca part 1 ni. tiba2 berangan dah kawen..hee. kalau la dapat zaujah macamni mmg xkelua rmh la jwbnya 🙂

      • mana ada kawen lg. ana kan blom hbs study.salah maklumat anti ni. memang susah nak dpt watak mcm zulfah. tapi ana rasa watak dia dah sama mcm anti 😉 ana memang sokmo doa…amen, moga dpt zaujah sprti Zulfah.
        teruskan menulis ye cik Zulfah aka cik Fatihah..heee. moga berjaya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s