Bukan Bayangan Lagi

-SINOPSIS-

Faruki mencintai Zulfah dengan segenap hati dan perasaannya, namun takdir telah memisahkan mereka. Perkahwinan atas dasar redhaNya itu telah menghasilkan seorang mujahid yang dilahirkan tanpa ayah di sisinya. Zulfah mengharunginya dengan tabah tetapi apa mungkin cintanya pada Faruki akan berganti dengan yang lain? Setelah beberapa tahun hatinya mula mengimbas kenangan lalu. Kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan hingga akhir hayatnya. Mengenali Hambali adalah takdir terindah yang telah dianugerahkan Tuhan tetapi Faruki adalah cinta terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan. Saat dirinya dilamar Ustaz Khairi untuk Hambali, itulah saat yang paling bahagia. Namun apa mungkin Hambali masih mengingatinya? Sudah diperlakukan sedemikian rupa, apa mungkin Hambali dapat memaafkannya? Hanya Allah yang maha tahu apa yang ada di dalam hatinya.

Hambali mula terasa cintanya buat Zulfah tidak pernah luput. Tidak hairanlah dia tidak menerima cadangan untuk menikah dengan mana-mana gadis pilihan ibunya kerana dia yakin suatu hari nanti dia pasti akan menemui gadis persis Zulfah. Kenangan lalu membuatkan hatinya begitu sayu dan dadanya bagai dihiris. Dia redha Zulfah telah menikah dengan calon pilihan keluarganya. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Zulfah walau jauh di sudut hatinya, dia begitu sakit. Setelah mengetahui keadaan Zulfah yang sudah kehilangan Faruki, Hambali kembali memikirkan untuk menjadikan impiannya satu kenyataan. Hambali yang sedia menanti hanya menunggu jawapan yang pasti dari Zulfah yang mungkin masih menyimpan rasa cinta kepadanya. Apa mungkin mereka bersatu?

Zuhdi bahagia bersama pendamping hidupnya dan permata hatinya namun dirinya masih memikirkan tentang adiknya yang diberi pelbagai dugaan oleh Tuhan. Apa harus dia berkorban demi adiknya? Ibunya yang sudah tua tidak mungkin dapat menyelesaikan semua itu. Saadah pula kebingungan. Haruskah mengalah demi kebahagiaan adik iparnya itu?

Ikuti kisah mereka…

[Episod 1] [Episod 2] [Episod3] [Episod 4] [Episod 5] [Episod 6] [Episod 7] [Episod 8] [Episod 9] [Episod 10] [Episod 11] [Episod 12] [Episod 13] [Episod 14] [Episod 15] [Episod 16] [Episod 17] [Episod 18] [Episod 19] [Episod 20] [Episod 21] [Episod 22] [Episod 23] [Episod 24] [Episod 25] [Episod 26] [Episod 27] [Episod 28] [Episod 29] [Episod 30]

Advertisements

6 thoughts on “Bukan Bayangan Lagi

  1. Syabas! kronologi cerita yg agak menarik. kalau publish insyaallah diterima semua pembaca terutamanya yg sukakan novel islamic. teruskan berkarya

  2. Alhamdulillah..penulis muda kita dah pun menunjukkkan bakat beliau. mantop! ana kagum punyai sahabat sprti enti.teruskan dakwah, perkasakan minda dan bangunkan akhlak dan sahsiah remaja kita dgn cerita2 begini. Ana tak baca semua ep, buka2 jer dah ep9. terkejut ana tengok. zaujah ana yg dok baca, dia kata bagus. dia kirim slm dkt enti. enti bule pegi lebih jauh dgn penulisan enti. jadikan ia satu medium utk berdakwah,moga sukses selalu

  3. Iskandar>>
    Syukran akhi Is..smpaikn salam ana jg buat zaujah. yup..teruskn dakwah, perkasakan minda dan bangunkan akhlak dan sahsiah remaja kita..terima kasih! nice philosophy..

    ibnu khaldun>>
    alhamdulillah dah update. maaf Mz xsmpat nk update sbb sbuk dgn keje baru. i-allah lps ni akan ditukarkan ke hari jumaat. teruskn membaca dan menyokong Mz..syukran

    • Falsafah tu jga jadikan teladan utk diri ana dan zaujah di sini. enti yg punya prinsip tegar perlu meningkatkan lagi karya2 sebegini. masih blm ramai penulis muda yg berjiwa sprti enti. dah lama enti tak update. semoga Allah permudahkan tiap urusan enti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s