BBL-Episod 2

Lapan bulan sudah berlalu, dan dalam tempoh itu juga kebahagiaan tidak pernah luntur antara aku dan Faruki. Walupun Faruki selalu pulang lewat malam kebelakangan ini, aku sedikit pun tidak curiga padanya. Tugasnya sebagai doktor tidak mengira waktu dan masa. Kadang-kadang, dia terpaksa ke hospital di saat tidurnya lena di sebelahku kerana kes emergency yang dilaporkan. Aku sudah biasa dengan tugas-tugasnya. Tetapi hari ini, entah kenapa dan mengapa..hatiku tiba-tiba mengatakan sesuatu yang tidak baik berlaku padanya. Sejak pagi tadi, aku tidak keruan jadinya. Mahu rasanya aku bergegas ke hospital pada waktu ini tetapi naluri kecilku menidakkannya. Aku mengucap beberapa kali. Sengaja ku menyibukkan diri dengan tugasku sebagai suri rumah dan menyiapkan bahan penulisanku. Sedikit demi sedikit perasaan cemas dan resahku bertukar menjadi penat, akhirnya aku tertidur di sofa.

“Assalamualaikum..sayang..ohh sayang..bangun. “

Terngiang-ngiang di telingaku suara suamiku memanggil. Aku terus membuka mataku perlahan-lahan. Dalam keadaan mamai aku bangun menghadap Faruki. Dia membetulkan tudung kecil yang ku pakai.

“A..bangg..dah balik?”

“Ya sayang..kenapa tidur kat sini? Kalau ya pun nak tunggu abang, janganlah tidur kat sofa ni. Kasihan isteri abang, penat ya..ermm?”

Aku menganggukkan kepala. Sepantas kilat aku memeluk tubuh sederhana sasa suamiku itu. Aku menangis sepuas-puasnya. Faruki agak terkejut dengan tingkahku itu. Dia memelukku erat dan mencium dahiku dengan penuh kasih. Esakanku bertambah kuat. Faruki bertambah hairan.

“Sayang..kenapa ni? Janganlah buat abang risau. Tell me..what happened sayang?”

Aku menggelengkan kepala. Faruki makin hairan, mimik mukanya seakan risau dengan keadaanku yang tak keruan. Sekali lagi Faruki bersuara.

“Dah ya sayang..jom kita naik atas. Janganlah nangis lagi, abang dah balik ni kan..”

Faruki memujukku lagi. Dia terus memapahku masuk ke bilik. Esakanku sedikit demi sedikit berkurang.

Aku terpaku di hujung katil.  Faruki mengusap-usap dahiku dengan penuh sayang.  Lidahku kelu untuk meluahkan perasaan yang tidak keruan yang bermain di kotak fikiranku hari ini. Faruki bersuara. Kali ini dengan nada yang penuh syahdu tika aku mendengarnya.

“Nurul Zulfah…abang tahu ada something yang bermain di kepala Ifah sekarang ni. Abang yakin Ifah boleh cerita pada abang. Ifah tahu kan..abang terlalu sayang dan cintakan Ifah. Walau apa sekali pun terjadi, Ifah tetap milik abang melainkan kehendak Allah yang memisahkan kita. Abang tahu, abang mungkin tak seperti yang Ifah harapkan. Tapi abang berjanji, abang akan lakukan yang terbaik untuk kita. Kalau Ifah ada masalah, tak salah Ifah share dengan abang. Abang bukan orang lain kan..suami Ifah dan satu-satunya lelaki yang akan bahagiakan hidup Ifah. Please..jangan buat abang risau macam ni..”

Air mataku mengalir lagi, kali ini bertambah laju. Aku memandang paras wajah suami tercinta. Sungguh terharu susunan baitnya tadi. Aku cuba membetulkan kedudukanku dan perlahan-lahan jariku mengesat air mata. Faruki memerhati lagakku yang seakan bersedia untuk berbicara.

“Abang…Ifah minta maaf.”

“Sayang…minta maaf untuk apa? Sayang tak pernah buat silap dengan abang.”

“Tak…Ifah banyak buat salah dengan abang. Ifah tak tahu kenapa..hari ni hati Ifah tak tenang  bang..macam-macam Ifah fikir pasal abang. Ifah takut abang…isk..isk..”

Aku memeluk Faruki erat, menangis sepuas-puasnya. Faruki menenangkanku. Dia menganggukkan kepalanya tanda dia memahami apa yang ku maksudkan.

“Dah la sayang..abang tahu Ifah risaukan abang. Abang nak minta maaf sebab akhir-akhir ni, abang selalu tinggalkan Ifah sorang-sorang kat rumah ni. Sampaikan Ifah fikir macam-macam tentang abang. Jangan menangis lagi ya sayang…abang dah ada ni kan..shhh..abang sayangkan Ifah.”

“Ifah pun sayangkan abang.”

Aku menangis lagi. Faruki memelukku erat, air mata lelakinya akhirnya jatuh jua. Semahu-mahunya, aku tidak mahu melepaskan pelukan Faruki. Aku rasa tenang sekali. Dan malam itu kami terus hanyut dalam keadaan yang sungguh syahdu.

******************************************************************************

Seawal empat pagi ku bangun, seperti biasa menyiapkan diri untuk menunaikan solat tahajjud sebelum masuk waktu subuh. Faruki menjadi imamku. Butiran air mata pada doanya menyentuh hati dan sanubariku, aku mengaminkan setiap patah doanya dengan penuh tawaddu’ padaNya.

Sebelum masuk waktu subuh, Faruki memberi sedikit tazkirah padaku. Kali ini tentang cara mendisiplinkan diri untuk keharmonian rumah tangga. Aku mendengar penuh khusyuk. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Faruki ku masukkan ke dalam hati jua fikiran. Hassan Al-Banna pernah mengatakan ’tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada’. Kalau disiplin diri terutamanya disiplin hati tidak ada, maka tanggungjawab dalam setiap perkara akan terbiar khususnya dalam keharmonian rumah tangga. Aku jadi penasaran bila mana Faruki menjadi imamku dan khatibku di rumah..memang tepat pilihan Abang Longku dan tak salah aku menerimanya. Alhamdulillah..aku dikurniakan suami persis Faruki. Terima kasih ya Allah….

Bacaan al-Fatihah dan beberapa potong ayat al-Kahfi dinyaringkan oleh Faruki pada rakaat pertama dalam solat subuh. Manakala surah al-Maidah dibaca dalam rakaat kedua. Aku menghayati setiap patah ayat yang suamiku alunkan. Seusai solat, suamiku manadah tangan memohon diampunkan dosa-dosa kami dan dipermudahkan segala urusan rumahtangga kami. Dalam doa itu juga, aku agak terkesima kerana Faruki memohon dipercepatkan zuriat kami.

‘Ya Allah satukanlah hati kami, berilah kebaikan kepada keluarga kami tunjukkanlah jalan-jalan keselamatan. Selamatkanlah kami dari kegelapan menuju cahayaMu. Jauhkanlah kami dari perbuatan keji baik yang tampak maupun yang tersamar. Berkatilah segala perbuatan kami yang berasal dari pendengaran, penglihatan serta hati kami. Berkatilah isteri dan keturunan kami. Terimalah taubat kami. Sesungghunya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami termasuk orang-orang yang bersyukur atas nikmatMu serta gemar memujiMu dengan semua anugerah itu. Jadikanlah kami orang-orang yang menerima lalu sempurnakanlah kami semua itu untuk kami.’

‘Ya Allah anugerahkanlah kami isteri dan keturunan yang sejuk di pandang mata serta jadikanlah kami pemimpin atas orang-orang yang bertakwa. Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah anak-anak kami taat kepada agama yang mendengarkan segala kata-kata yang baik serta mereka gemar mengikuti segala apa yang digariskan baik oleh agama.’

‘Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat dan lindungilah kami dari siksa api neraka’

Setelah selesai berdoa, aku menyalami tangannya penuh kasih..ada sedikit perasaan malu tika menyalaminya, entah kenapa. Faruki mengucup dahiku seperti biasa. Senyumannya agak berlainan ku rasakan. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan padaku. Aku terus bangun untuk bersiap-siaga menyiapkan sarapan pagi itu.

“Abang.. Ifah minta izin dulu ya. Nak siapkan sarapan kejap.”

Aku melemparkan senyuman padanya dan dia mengangguk tanda mengizinkanku untuk meneruskan tugasan seterusnya.

Tika aku mengenakan jilbab kecilku di kepala, telefon bimbitku menyanyi riang lagu banat syria. Aku terus mencapai lalu ku jawab dengan salam. Tiba-tiba ada getar dalam hatiku saat mendengar suara si dia. Arghh…apa lagi agaknya yang dia mahukan dariku.  Tanpa meneruskan bicara ku terus mematikan handphone.

Tiba-tiba suamiku datang dari belakang dan menimbulkan beberapa pertanyaan.

“Siapa tu..macam ada yang tak kena je?”

Aku menjadi serba salah tika ini. aku memalingkan wajahku ke tingkap. Faruki mendekatiku lagi. Soalan yang sama diajukan padaku lagi persis seorang penyiasat.

“Tak ada apa la bang..tak tahu siapa call, wrong number agaknya. Ifah turun dulu ya bang..nanti abang turun tau, sarapan..”

Aku melemparkan senyuman yang paling manis ku rasakan. Suamiku mula curiga dengan tingkah ku pagi ini. Tapi apa yang harus ku jawab pada setiap pertanyaannya padaku. Arghhh…semakin serabut fikiranku memikirkan tentang itu. Faruki hanya menganggukkan kepalanya. Tidak panjang bicaranya. Aku sedar ada resah di hatinya, namun hati isteri mana yang tidak gelisah tika melihat suami kesayangan dalam keadaan resah begitu. Aku semakin gelisah dan terus gelisah.

Bunyi tapak kaki Faruki menuruni anak tangga membuatkan aku semakin gelisah. Rasa bersalah terus juga manapakiku. Aku memaniskan muka sebaik yang mungkin. Faruki duduk di kerusi mengahadapku. Matanya memberi makna yang dia tidak suka aku berkelakuan begini malah dia tahu aku mengerti semua itu. Faruki…maafkan aku! Aku bermonolog sendirian dan aku memahami apa perasaan Faruki tika ini. Tiada bicara dari bibir indah itu, aku mendiamkan diri. Faruki pula membelek-belek surat khabar di atas meja makan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Suasana pagi itu terlalu dingin ku rasakan, ingin ku memulakan bicara tapi melihatkan keadaan Faruki seperti itu, lidahku jadi kelu.

Aku melihat Faruki menghabiskan sisa terakhir mi goreng yang aku hidangkan pagi itu. Dia tampak berselara walaupun mungkin ada sedikit keraguan dalam hatinya. Usai sarapan, Faruki menuju ke rak kasut. Aku memerhatikan tingkahnya yang bersahaja itu. Ada debar ku rasakan, ku berganjak dari kerusi dan mendapatkannya. Aku capai sepatu hitam berkilat kepunyaannya dan menyarungkan ke kakinya. Dia tersenyum, aku membalas senyuman yang manis itu. Perlahan-lahan aku memaut lengan suami kesayangan dan menuju ke keretanya. Dia memulakan bicara…

“Abang pergi kerja dulu ya sayang..jaga diri baik-baik.”

Ada senyuman menguntum di bibirnya.

Perasaan lega bertamu di hatiku. Aku mencapai tangannya dan menyalaminya dengan penuh kasih. Dia mencium dahiku seperti selalu.

Drive elok-elok ya bang..tengahari nanti jangan lupa balik lunch….”

Dia menganggukkan kepalanya lalu memboloskan diri ke dalam kereta dan Faruki semakin hilang dari pandanganku.

—————————————————————————————————-

Dah bertahun-tahun simpan cerita ni…hee. Selamat membaca! 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s