BBL-Episod 4

Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Kami masing-masing bersiap untuk menunaikan solat subuh, berjemaah. Mungkin juga sempat bertahajjud. Pintu bilik ku kuak. Tiada jasad yang ku lihat di katil dan tilam yang serba sederhana itu. Ku memandang ke sebelah kiri. Faruki sedang khusyu’ dalam tahajjudnya. Aku tersenyum. Ku capai tuala dan terus ke bilik mandi, membersihkan diri. Siap bersiram, ku lihat Faruki masih lagi disejadah hijau tua itu. Aku memakai telekung sembahyang dan bertahajjud. Sesudah tahajjud, Faruki bersuara.

“Jom sayang…solat jemaah. Ajak semua ya.”

Aku menganggukkan kepala. Menuruti apa yang Faruki mahukan.

Aku dan Faruki mengiringi masuk ke bilik solat. Zakwan, Zafran, Abang Long dan Kak Long sudah pun menunggu. Faruki duduk bersebelahan Abang Long. Aku mengalunkan zikir dan tasbih padaNya sementara menunggu yang lain. Lima minit kemudian, ummi, Zulaikha dan Zahirah masuk ke ruang solat. Tanpa disuruh, Zafran yang baru mencecah 16 tahun mengalunkan iqamah. Sedap pada pendengaranku. Suara adikku yang satu itu memang sedap dan lunak. Memang patut pun mendapat gelaran johan tilawah di sekolahnya. Kagum ku dengan Zafran! Faruki beranjak ke depan mengimami kami sekeluarga. Bacaan yang indah itu membuatkanku terasa kekhusyukan dalam solatku. Itulah suamiku! Memang tidak sia-sia dia belajar di bumi Mesir sana. Ilmu agama dan ilmu kedoktoran dipelajarinya pada masa yang sama. Tidak hairanlah, kerana Faruki sememangnya berpendidikan di sekolah agama.

Tika solat subuh selesai, kami menadahkan tangan. Doa yang dipanjatkan oleh suamiku amat menyentuh hati kami sekeluarga. Sehingga ummi menitiskan air matanya. Ya! Ummi menitiskan air mata wanitanya ketika ini. Tidak seperti semalam. Makin lama, mataku semakin hangat. Titisan itu keluar juga. Aku tidak dapat menahannya. Begitu juga yang lain, Abang Long yang paling kuat esakannya ku dengar. Kasihan Abang Long…mungkin fikirannya tika ini masih lagi terkenangkan allahyarham abah. Seusai solat, kami bersalaman. Faruki menyalami dan mencium tangan Abang Long lantas memeluknya erat. Mata Faruki memerah, Abang Long apatah lagi. Kami adik beradik menyalami antara satu sama lain selepas menyalami ummi. Bilik solat bercat biru muda itu seakan turut mengerti perasaan kami tika itu. Akhir sekali, Faruki meghulurkan tangannya, aku menyalaminya dan mengucup penuh kasih.

Seawal jam tujuh aku dan ummi sudah berada di dapur. Menyiapkan sarapan pagi. Zulaikha dan Zahirah tertidur agaknya, mungkin penat masih dirasai. Adik-adik lelakiku pula seronok melayan Faruki. Ada la tu yang dibicarakan. Abang Long pula sibuk melayan keletah Ummar yang baru berusia dua tahun. Cute! Walaupun ada riak sedih di wajahnya namun anaknya yang seorang itu tetap menjadi keutamaan.  Di mana Kak Long agaknya. Melilau mataku mencari di sekitar ruang keluarga, namun tiada juga ku jumpa wajah tenang dan bersih itu.

Pagi itu, aku menyediakan nasi lemak yang ummi pernah ajarkan waktu aku masih di bangku sekolah lagi. Teramat senang ku rasakan. Mungkin sudah terbiasa agaknya. Ummi hanya membantu apa yang patut. Tidak sanggup rasanya ku lihat kudrat tuanya yang masih lagi melakukan kerja-kerja di dapur. Arghh ummi…pengorbananmu amat besar bagiku. Pada waktu ini kau sepatutnya berada di tempat yang selayaknya seperti layaknya tempat seorang ibu. Patutnya tika ini, kau bersantai-santai di anjung dan anak-anak yang menjadi peneman hidupmu yang menguruskan segala hal. Tapi sebaliknya… Ifah minta maaf ummi. Ifah bukan anak yang baik! Aku mendengus sendiri di dalam hati. Raut wajah yang cantik pada pandanganku itu sedang ralit memotong timun dan mengupas kulit telur yang telah ku rebus tadi. Bagiku tiada yang paling cantik di dunia ini melainkan ummi seorang. Ummi…. Ifah terlalu rindukan saat-saat di mana ummi menjadi pendengar setia pada setiap masalah Ifah. Dan ummi selalu menghadiahkan pelukan kasih sayang tika Ifah di landa resah. Tiada yang sempurna melainkan ummi seorang. Ya…hanya ummi! Ya Allah….kau berkatilah wanita di hadapanku kini. Berikan rahmat dan kasih sayangMu padanya. Cucurilah rahmat ke atas suami wanita ini ya Allah..tempatkannya di tempat orang-orang yang soleh. Hatiku berdoa. Semoga doa ini juga sampai kepada allahyarham abah.

Terhenti lamunanku tika namaku dipanggil. Aku bergegas ke ruang keluarga. Entah apa yang Faruki mahukan.

“Ya abang..kenapa?”

“Ifah sibuk ke kat dapur?”

“Tak la sangat. Kenapa bang? Macam penting je?”

“Ermm..abang ada hal sikit nak bincang dengan Ifah.”

“Kejap lagi ya bang, nak hidang sarapan dulu. Nanti dah siap Ifah keluar ya..”

“Yalah, nanti dah siap datang sini. Panggilkan ummi sekali.”

“Hem…ok bang.”

Aku mengangguk. Terus ku berlari-lari anak ke dapur. Takut nanti ummi yang siapkan semuanya. Nah..betul jangkaanku. Semuanya sudah terhidang. Ummi…ummi…aku tersenyum pada ummi.

“Ummi…dah la tu. Jom ke depan. Abang Faruki ada hal nak cakap.”

“Nak cakap apa? Kot ya pun sarapan la dulu.”

“Entahlah ummi…macam penting je. Tak apa la…kita sarapan kejap lagi. Lagi pun Ika dengan Ira belum bangun lagi.”

Ummi mengikut sahaja rentakku. Ku pegang lengan ummi dan beriringan berjalan ke ruang keluarga yang agak sederhana besar itu. Tidaklah  seindah rumah yang Faruki belikan untukku di Kuala Lumpur. Hanya dihiasi sedikit perabot dengan siling rumah biasa dan dinding bertemakan hijau epal. Cukup cantik dan mendamaikan bagiku.

Faruki memandang kami. Tersenyum manis pada ummi. Apalah agaknya yang ingin dibincangkan olehnya. Aku sendiri pun tidak tahu. Tidak pula diusulkan dahulu padaku. Ummi duduk di sebelah Zakwan, aku mengambil tempat di sebelah Faruki. Ahh..kenapa aku tidak dapat berjauhan dengannya sedikit cuma. Aku memandang tepat ke wajah kesayanganku itu. Faruki sudah bersedia untuk memulakan bicaranya, Zakwan seakan sudah mengetahui apa yang akan Faruki katakan. Ummi pula agak pelik dirasakannya. Apalah agaknya yang ingin disampaikan oleh menantunya yang satu itu.

“Ummi..Faruki dah bincang dengan Wan. Ada baiknya juga ummi ikut Faruki dan Ifah tinggal kat KL. Apa kata ummi?”

“Betul tu ummi..Wan pun fikir macam tu. Adik-adik boleh tinggal dengan Wan. Lagi pun Wan tinggal sorang je kat rumah tu. Bagi Wan lagi bagus kalau adik-adik tinggal dengan Wan sekali. Boleh juga Wan tengok-tengokkan diaorang. Sekolah An dengan Ira, ummi jangan bimbang. Semua tu Wan akan uruskan. Abang Long pun setuju kalau ummi tinggal dengan Kak Ngah. Lagi senang Abang Long nak jenguk ummi. Ika pun tak adalah nak balik kampung jauh-jauh bila cuti semester. Kalau ummi nak balik sini jarang-jarang sekali pun tak ada masalah. Yang tu kami boleh uruskan. ”

Zakwan mencelah. Panjang lebar penerangannya pada ummi.

Air wajah yang tenang tadi mula berubah. Ada keluhan di bibirnya. Aku juga terpana dengan keputusan yang dibuat oleh Zakwan dan suamiku itu. Aku menyentuh jari separa kasar Faruki, seakan tidak percaya kata-kata yang dikeluarkan oleh dua ipar duai itu. Faruki mengangguk tanda apa yang diperkatakan itu benar belaka.  Zahirah dan Zulaikha yang baru keluar dari bilik saling berpandangan, begitu juga Zafran. Mereka pun tidak percaya dengan apa yang dijelaskan oleh Zakwan tadi. Abang Long dan Kak Long hanya membatukan diri. Mungkin mereka sudah menyetujui perkara ini dengan Zakwan dan Faruki. Ummi seakan-akan tidak bersetuju dengan usul ini. Satu persatu keluhan terpacul dari bibir tuanya itu.

“Entah la Wan..Faruki. Ummi bukan tak mahu. Ummi tahu niat kalian baik. Tapi ummi lebih memilih untuk terus tinggal di kampung ni. Banyak kenangan ada di sini, masakan ummi boleh lupa sekelip mata. Lagi pula abah baru saja pergi, ummi tak sanggup nak tinggalkan kenangan bersama arwah abah kalian di sini.”

Ummi akhirnya bersuara, tetapi dengan nada yang agak emosi pada pendenganranku. Lancar sekali bibir itu berbicara. Yakin dengan apa yang diperkatakan. Kali ini keluhan terpacul dari bibir Zakwan pula. Ahh..adikku yang satu ini terlalu mulia bagiku. Dia tidak pernah menganggap semua itu beban baginya. Walau pun dia baru setahun melangkah ke alam pekerjaan, dia sudah punya pendapatan sendiri. Malah dia tetap juga bisa menyara adik-adikku yang masih bersekolah. Zakwan memang tidak pernah merungut sedikit pun tentang hal itu. Baginya, keluarga adalah segala-galanya. Dia memang punya ciri-ciri seperti allahyarham abah, saling tak tumpah! Kerana keluarga juga dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga seperti aku dan Abang Long. Lagi pun dia masih muda…banyak lagi yang perlu dipelajarinya.

“Emm…kami tak nak paksa ummi. Ummi fikir la baik-baik. Wan harap sangat adik-adik tinggal dengan Wan. Ada depan mata Wan.”

Sungguh ikhlas bicaranya. Raut wajahnya yang lembut itu bisa mendamaikan hati sesiapa sahaja. Aku beranjak dan mendapatkan ummi.

“Kalau nak bawa adik-adik, ummi tak kisah. Biarlah ummi di sini. Lagi pun An dengan Ira dah besar. Ummi tahu, Wan boleh jaga diaorang.”

Sekali lagi ummi mengeluarkan patah perkataannya. Tidak semena-menanya Zahirah datang memeluk ummi. Mulut comel itu ingin mengatakan sesuatu.

“Ummi…ummi dah tak sayang Ira lagi? Kenapa ummi nak Ira dan Abang An saja ikut Abang Wan. Ira tak nak tinggalkan ummi. Ira sayangkan ummi.”

Ada tangisan ku dengar dari wajah polos adikku itu. Ahh..dia mana mengerti apa-apa. Ummi mengelus lembut rambut ikal anak bongsunya itu. Tiada jawapan untuk gadis sekecil Zahirah kali ini. Ummi mengucup lembut dahinya.

Abang Long pula kelihatannya ingin mengeluarkan kata-katanya. Aku menunggu apa yang ingin disampaikan olehnya kali ini. Wajah kacak abangku yang satu itu ku tatap dalam-dalam. Ku dapat rasakan ada getar dalam kalamnya nanti.

“Ummi..Di tahu tak ada apa yang boleh Di sumbangkan untuk keluarga ni melainkan kasih sayang sepenuh hati Di. Tapi Di harap sangat ummi dapat ikut kami tinggal di KL. Di tak nak apa-apa yang buruk terjadi. Kalau ummi rasa buat masa sekarang ni ummi tak boleh buat keputusn, tak apa. Mungkin satu hari nanti, ummi akan setuju.”

Di..itulah panggilan mesra ummi tercinta pada abangku. Nama Ahmad Zuhdi diberikan pada abang Long kerana arwah abah inginkan anak sulungnya itu mengikut sifat-sifat yang ada pada seorang zuhud. Yang sentiasa merendahkan dirinya di hadapan Allah dan bersederhana dalam setiap perkara termasuklah dengan gaya hidup seseorang itu. Sungguh! Sifat itu memang ada pada Abang Long. Kerana kerendahan hatinya juga, wanita bernama Halimatun Saadah dijadikan permaisuri hatinya. Wanita itulah yang mengisi setiap ruang hidup abangku dan membantunya dalam setiap apa pekerjaan sekali pun. Itulah dia Kak Long, kakak iparku yang hatinya tulus pada pandangan kami sekeluarga. Walaupun kecantikannya kelihatan biasa pada pandanganku, tapi kemanisan wajah dan kebesaran hatinya sentiasa membuatkan abangku bahagia berada disampingnya.

“Ummi tetap dengan keputusan ummi. Kalian memang anak dan menantu yang baik bagi ummi. Tapi ummi rasa ini tempat selayaknya untuk ummi. Sekarang ni terpulang pada An dan Ira, samada nak ikut Wan atau tidak.”

Ummi menyuarakan keputusannya kali ini dengan tegas. Dalam benakku, ada benarnya juga apa yang ummi putuskan. Banyak sekali kenangan yang ada di rumah ini. Tiada sesiapa yang bisa memaksa ummi, itu haknya sebagai isteri kepada arwah abah.  Aku memberanikan diri untuk memberikan pendapatku sendiri. Ku buang pandang pada mata ummi yang indah itu.

“Emmm…betul juga kata ummi. Ummi berhak buat keputusan yang terbaik untuk diri ummi. Ifah faham keadaan ummi, apa sekali pun yang ummi putuskan, Ifah sokong je. Tapi…kan bagus kalau ummi tinggal dengan Ifah. Tak adalah Ifah sunyi duduk sorang-sorang kat rumah Abang Faruki yang besar tu. Abang Faruki selalu sibuk ummi… Ifah boring. Kalau ada ummi, ada juga teman berbual. Ummi boleh berehat je bila duduk dengan Ifah. Tak payah susah-susah buat kerja kat rumah tu.”

Bicaraku lembut dan sedikit tampak manja seakan memujuk ummi. Ummi tersenyum mendengar kalimahku itu. Dalam hati, aku berdoa agar dibuka pintu hati ummi untuk menerima pendapatku. Jari jemariku bercantum dengan jemari lembut ummi. Mungkin ummi akan pertimbangkan apa yang ku katakan sebentar tadi.

“Eh..dah la. Jom kita sarapan dulu. Nanti kita bincang kemudian hal ni. Lagipun Abang Faruki ambil cuti sampai esok. Ada masa lagi nak bincang kan..”

Aku sengaja mengakhirkan perbualan kami supaya keadaan tidak begitu tegang. Wajah masing-masing tampak tersenyum antara satu sama lain. Dan kami ke dapur untuk menikmati sarapan pagi itu.  Faruki sempat tersenyum nakal padaku. Kami berdua orang terakhir menuju ke dapur. Faruki membisikkan sesuatu ditelingaku.

“Pandai sayang pujuk ummi. For sure ummi akan tersentuh dengan apa sayang cakap tadi.”

Aku memandangnya, hanya tersenyum. Tiba-tiba satu kucupan hinggap dipipi kananku. Abang!! Merah padam mukaku diperlakukan begitu. Nasib baik yang lain-lainnya sudah ke dapur. Ahh…malunya! Faruki tersenyum nakal lagi. Ishh..buang tabiat betul suami aku ni. Bertambah suka dia mengusikku. Kalau boleh, senyum tu sampai ke telinga pun tidak mengapa agaknya. Aku mengomel sendirian. Mukaku mencuka, merajuk manja konon-kononnya.

Seusai menjamah sarapan pagi itu, Zulaikha mengemas apa yang patut. Aku terus ke kamar tidur. Ada rasa yang tidak enak ku rasakan menjalar ke dalam tubuhku. Entah kenapa, tika aku berselera sarapan tadi..tiba-tiba aku terhenti. Automatiknya, aku tidak menjamah nasi lemak yang ku makan tadi. Nak kata loya, tak juga. Entahlah! Aku cuba baringkan tubuhku ke katil. Mataku seakan-akan kelam. Dalam hati ku mengucap dan beristighfar berulang kali. Zakwan perasan ada perubahan pada wajahku tika makan tadi. Adikku yang seorang itu memang begitu, cepat benar menangkap perasaan atau perubahan yang ku alami. Masihku ingat tika Faruki melamarku dahulu, dialah orang pertama yang dapat menangkap perasaanku waktu itu. Dia jugalah yang menenangkanku. Kerana dia juga, aku begitu tenang menghadapi Faruki. Begitu juga ketika majlis pertunanganku bersama Hambali. Ahh..kenangan itu datang lagi! Lupakan Zulfah! Ketukan pintu menapak ditelingaku. Ku pandang sekilas, Zakwan meminta izin untuk masuk. Aku membenarkan. Dia melihatku hairan, pantas memegang dahiku.

Are you ok?..Wan nampak akak macam tak sihat je. Kenapa kak?”

“Akak ok..Cuma rasa tak sedap badan je. Abang Faruki mana?”

Aku memberikan senyuman pada adikku itu. Ternyata dia memang perasan perubahanku seketika tadi. Kerisauan menjalar di wajah tampannya.

“Ada..kat depan. Nak Wan panggilkan dia? Akak tak sihat ni.”

Aku menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Aku tidak mahu menyusahkan Faruki apatah lagi seluruh keluargaku.

“Akak tak apa-apa la Wan. Maybe tak cukup tidur. Wan tak payah risau ya..”

Kataku lembut. Zakwan menganggukkan kepalanya.”

“Kalau macam tu, akak rehat je la ya. Ada apa-apa nanti, kami semua ada kat depan. Wan ambilkan ubat kejap.”

“Tak payah la Wan..akak tak nak. Lagipun sikit je ni. Akak nak tidur dulu. Nanti beritahu Abang Faruki kejutkan akak ya.”

Aku sengaja memberi alasan, sememangnya aku tidak suka untuk makan ubat, melecehkan! Dan Zakwan sudah maklum kakaknya yang seorang ini memang tidak suka dan tidak akan mengambil ubat walaupun dipaksa sekali pun.

“Emm…dah tahu dah jawapan akak. Yalah..akak tidur la. Wan keluar dulu.”

Aku mengerlipkan mata sambil tersenyum padanya.

—————————————————————————————————-

Selamat membaca..moga terhibur! 😉

InsyaAllah..sebelum Raya Haji nanti, Mz akan pulang bercuti di kampung mama Mz di Yala, Thailand. Untuk episod 5 dan 6 yg akan datang insyaAllah Mz akan publish jika punya ruang masa dan waktu…jumpa lg di episod akan dtg.. 🙂

Advertisements

3 thoughts on “BBL-Episod 4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s